Friday, September 6, 2013

Perlu Memperbaharuhi Kad KTKLN untuk Pembantu Rumah Indonesia Yang Bercuti ke Kampung dan Akan Pulang ke Malaysia


Cara memperbahurui kad KTKLN (Kartu Tenaga Kerja Luar Negeri)

Untuk apa kad ini..ia seperti kad kebenaran pekerja indoneaia untuk bekerja di luar negara...sila layari...http://kbrikualalumpur.org/download/naker/KTKLN-2012.pdf

Matlamatnya saya buat kad ini kerana kad ini  telah tamat tempoh dan kad ini wajib dibuat untuk semua pekerja indonesia termasuk pembantu rumah yang ingin pulang semula ke malaysia selepas bercuti. Kad ini pertama kalinya dibuat ketika maid saya pulang ke Indonesia 2 tahun yang lalu dan dibuat di Indonesia dengan cara yang sangat rumit..lebih-lebih lagi jika maid anda pulang ke Malaysia dari dari Jakarta ke Malaysia melalui laluan udara. Beliau akan diminta berurusan ke sana dan ke sini. Terutama ke Terminal 2 dan Terminal 1 yang jaraknya sangat jauh dan perlu menaiki teksi yang agak mahal untuk menyelesaikan pembaharuan kad ini. Maid akan hadapi banyak masalah dan sangat membimbangkan belia akan terlepas flight. Sudah pasti terpaksa beli tiket baru dan sangat merugikan. Silap haribulan Maid anda menghadapi kesukaran untuk pulang ke Malaysia.


Terlebih dahulu , saya pernah ke kedutaan besar Indonesia di Kuala Lumpur untuk renew kad ini..sampai di sana maid saya sahaja yg masuk dan pegawai di kaunter di  kedutaan itu memberi alasan kad tidak boleh buat dan di baharui disini, tetapi hanya menyerahkan borang kosong yg berupa kontrak majikan dan panduan membuat kad KTKLN ini. Pegawai di sana menjelaskan  kad ini hanya boleh di buat di Indonesia sahaja tetapi sebalik ia juga  boleh dibuat di Konsulat Jenderal Indonesia di Johor Bharu. Maklumat ini diperoleh dari sahabat saya. 


Saya tiba di Konsulatan Besar Indonesia Johor Bharu jam 930 pagi.

Parking agak terhad tetapi boleh parking disisi jalan berhampiran konsulat itu samada di stesen minyak Carltex yang tidak jauh dari situ atau di kedai makan berhampiran.

Sampai di pintu masuk konsulat, terdapat pemeriksaan di hadapan pintu masuk..pemeriksaan bag tangan dan beg galas. Selepas selesai , terus ke kaunter 9 yang tertera signboard dalam bahasa Indonesia " Loket Pembuatan KTKLN" . Di sini anda perlu daftar masuk dan serah dokumen termasuk kontrak majikan yang sudah tamat tempoh . Sekiranya kontrak telah tamat..maka kontrak ini perlu dibuat baru..Saya nasihatkan  sebelum ke kaunter 9 sila sediakan terlebih dahulu (salinan kad pengenalan majikan 2 copy..passport depan tengah dan belakang..2 copy .permit pekerjaan 2 copy...kontrak kerja yg baru atau lama..dan insuranse maid bernilai rm60 setahun atau rm 80 untuk 2 tahun di pejabat pos mana-mana cawangan untuk insurans RHB.

Dikaunter 9 terpapar notis berbahasa Indonesia " GRATIS...Tanpa di Punggut Biaya"
Bermakna urusan renew kad ini adalah percuma..

 

Diceritakan oleh maid saya , maid di depan rumah kami yg pernah buat kad ini di Indonesia mengalami banyak masalah. Di sana ejen minta RM180 atau lebih untuk urusan ini..dan mengambil masa yang agak  lama dan merumitkan.

Jadi. Sebab itu saya rela ke Johor untuk renew disini supaya maid saya boleh pulang ke malaysia tanpa masalah.


Berbalik ke proses renew kad ini di konsulat Indonesia Johor Bharu..

Lebih baik majikan ikut sekali..mungkin mereka akan beri layan yg baik sikit pada maid kita bila majikan bersama. Oleh kerana kontrak majikan maid saya telah tamat tempoh maka Pegawai akan suruh ke kaunter 12  bilik Pengaduan Masalah. Di sini Pegawai akan mengambil gambar maid..dan mendapatkan keterangan berkenaan maklumat individu maid daripada maid terus seperti alamat..status dan gaji beliau. Gaji Maid sangat penting pada mereka. Saya telah meletakkan RM800 di dalam kontrak dan meminta Maid saya menjawab jumlah gaji sebanyak RM800 jika ditanya. Pegawai juga akan minta kad pengenalan majikan..dan keterangan alamat tempat tinggal.  Akhirnya beliau akan mencetak kontrak majikan dan menyerahkan pada maid untuk dibawa ke kaunter 9 semula. Disini pegawai akan memeriksa dan memberikan borang permohonan KTKL untuk di isi. Borang yang mencatatkan nama dan maklumat peribadi seperti tarikh lahir..tempat kerja dan gaji lagi perlu diisi. Sebaik selesai mengisi borang tadi lalu dikepilkan bersama salinan passport dan permit. Dan diletakkan di kaunter.

Menunggu diantara 10 hingga  20 minit sehingga nama dipanggil. Pegawai akan minta membuat salinan kontrak majikan. Diluar banggunan berdekatan kantin ada terdapat mesin photostat dengan harga 50sen sekeping. Setelah salinan kontrak di buat dan kepil semula bersama borang dan salinan pasport dan permit dan pulangka  semula ke kaunter 9. Nama akan dipanggil semula dan sekali lagi pegawai mengambil gambar maid dan tunggu lagi untuk 5 minit ke10 minit akhirnya nama dipanggil lagi dan  Kad ktkln telah siap Tanpa Bayaran. Keluar dari banggunan konsulat indonesia jam 12:30 tghari.

Proses memang agak lama seperti renew passport di kedutaan indonesia kl ..tertarik pula saya pada notis di setiap kaunter di Konsulat Jenderal Indonesia Johor Baharu ini... bertulis " Anda Sabar Kami Segan" ....

Penulis
2/9/2013