Memohon Pembantu Rumah dari Indonesia atau negara-negara di dalam senarai Jabatan Imigresen Malaysia.
Kes 1 (calon maid lari ada pasport dan permit sudah tamat)
Sekiranya anda sudah mempunyai calon pembantu rumah (kes lari dari majikan lama) .
1. Dapatkan maklumat diri maid itu sendiri sudah berapa lama dia tinggalkan majikan asalnya) Ini kerana kemungkinan besar majikan asalnya telah membuat laporan pembantu rumah lari di balai polis atau di jabatan imigresen dengan bayaran RM250. Maid tadi telah di black list (rekod peribadinya termasuk pasport dan nama). So maid tadi tidak lagi boleh masuk M'sia melalui pintu masuk yang halal.
2. Sekiranya anda masih inginkan maid ini, sila bawa maid ini ke Jabatan Imigresen terdekat di bahagian Penguatkuasaan Bahagian Serah Diri untuk di soal siasat. . Kerja naik turun tangga ini perlulah dilakukan oleh anda sendiri dengan menggelar diri anda sebagai "orang yang membantu" dan maid itu mestilah sentiasa bersama anda sepanjang anda di jabatan imigresen sehingga soal siasat dibuat. proses pendokumen mengambil masa seminggu dan sila dapatkan no. phone pegawai imigresen yang bertugas untuk mengetahui status.Ketika di soal siasat..maid tadi perlu menceritakan sebab mengapa dia lari dari majikan asal dan kadang kala pegawai akan tanya maid itu siapakan anda? so awal-awal lagi anda mesti jelaskan pada maid itu anda adalah orang yang akan membantu maid ini di jabatan imigresen ini. Selepas soal-siasat.. Pegawai Pendakwa Raya Jabatan Imigresen akan meluluskan permohonan permit periksa keluar jika maid tadi tiada kes laporan polis dia pernah membuat jenayah. So hubungi lah pegawai imigresen tadi untuk mengetahui status maid itu lulus atau tidak..sekiranya lulus, anda dan maid tadi dikehendaki membayar kompaun overstay sebanyak RM30/sehari dari tarikh permit tamat sehingga hari soal -siasat sahaja. Sekiranya anda memang inginkan maid ini..so sharelah duit sama-sama bayar..Walau bagaimanapun rayuan boleh dibuat dengan kemukakan surat rayuan dari maid tadi dan mengadap Pengarah Imigresen. Kebiasaanya KSU yang akan membantu anda untuk mendapatkan kelulusan pengurangan. Bergantung kepada penceritaan maid itu di dalam surat rayuan yang ditulis tangan dan jelas itu. Pasport aid itu mesti sentiasa di bawa sepanjang masa ketika urusan imigresen. Dan jangan risau...sebaik maid tadi di soal siasat...maid itu masih boleh bergerak bebas dan sebaiknya...anda nasihatkan supaya maid tadi duduk diam diam di rumah bersama passportnya.
3. Apabila bayaran teah dibuat, imigresen akan mengeluarkan Permit Periksa Keuar yang telah di sealed pada hari yang sama pembayaran. Tempoh permit temporary stay yang diberi biasanya 3 hari dari surat periksa keluar..Beli tiket kapalterbang atau feri cepat cepat...hantar dia balik ke Indonesia segera...pastikan dia bawa passport nya..surat periksa keluar original dan tiket balik sepanjang di lapangan terbang atau jeti.
4. Kerajaan M'sia akan hanya membenarkan 2 bulan untuk kembali ke M'sia setelah pulang ke Indonesia atau negara asalnya.
Kes 3 (maid lari, tiada pasport tapi permit masih hidup)
1. Sekiranya anda alami masalah ini..calon maid yang anda pilih tapi maid tidak ada passport tapi permit masih hidup)
2. Bantu dia carikkan semula majikan asalnya untuk dapatkan pasport. sekiranya sukar...guna proses yang pertama di atas...pergi ke imigresen malaysia bahagian penguatkuasaan dan serah diri.
3. Untuk kes ini, kemungkinan maid ini akan di tahan.
atau sila hubungi syarikat Pangkal Rezeki Sdn. Bhd. untuk dapatkan bantuan..
No comments:
Post a Comment