Passport maid/pekerja Indonesia yang bekerja di Malaysia boleh diperbaharui di Kedutaan Indonesia, KL.
Proses agak rumit dari segi masa dan tenaga. Tetapi agak lancar.
Kos menggunakan agen agak mahal sehingga menelan belanja sebanyak RM300 ke RM1000.
Kos sebenar jika berurusan sendiri adalah sebanyak
1) Parking RM5-RM8
2) Minyak kereta : RM10-20 dari sekitar lembah Klang
3) Masa dan tenaga
4) Passport 5 tahun RM18 sahaja
Cara-cara
1) Mesti beli insuran peribadi untuk maid anda terlebih dahulu...cadangan beli di Pejabat Pos berharga RM60/setahun RHB.Boleh juga beli insurance di luar kedutaan bermula jam 8 pagi.
2) Anda dan maid anda perlu berada di hadapan kedutaan Indonesia pada awal pagi. Dinasihatkan selepas subuh. antara jam 5:30 ke 6:00 pg. Parking kenderaan anda di mana2x tempat parking berdekatan. Di nasihatkan parking agak jauh di belakang kedutaan indonesia berhadapan kuil hindu dan restoran cina. berdekatan apartment. RM5 sekali parking sehari. ada mamat india akan minta duit bayar tiket parking. lebih murah daripada parking di sebelah kedutaan yang di kenekan ikut waktu. Bawalah kenderaan yang tak berharga jika nak parking dibelakang kedutaan.
Di hadapan kedutaan Indonesia ada 2 entrance masuk...kiri dan kanan...untuk maid...sebelah kiri atau ertikata lain sebelah kiri untuk pekerja wanita sahaja. kanan untuk lelaki sahaja.
Perlu diingat bahawa, anda perlu minta maid anda beratur betul betul sebab akan ada barisan belapis lapis nanti lebih lebih lagi kalau ada bas membawa pekerja-pekerja kilang yang juga nak renew passport. Sementara nak menunggu pintu masuk, adalah juga dinasihatkan anda tidaklah berjauhan dengan maid anda yang sedang beratur. Jangan juga beratur sekali sebab nanti anda akan lemas!!Majikan lelaki lagi tidak digalakkan sebab nanti anda akan dingorat atau diraba oleh mereka..So berjauhan sikit dari maid anda dan pastikan dia masih dalam pemerhatian anda. Sementara menunggu pintu dibuka jam 7pagi, bolehlah anda menikmati udara nyaman pagi di KL dengan sarapan ringkas. akan ada penjualpenjual pen ball pen hitam dan penjual prepaid yang akan menjual disepanjang barisan itu. Harga dah pasti dimakap lebih sikit. So belilah awal2x prepaid ke..pen ke ..bawa pen dari rumah. BALL PEN HITAM 2-3 batang untuk keselamatan.
Pintu kedutaan akan buka jam 7pagi. pintu kecil tetapi perempuan-perempuan Indonesia ini terlalu gelojoh dan akan menyerbu masuk sebaik sahaja pintu dibuka...Majikan terutamanya lelaki tidak dibernarkan masuk lagi sehingga maid2x dan pekerja wanita indonesia ini telah semuanya masuk. Majikan akan dibenarkan masuk selepas keadaan dah tenang.
Saya menasihatkan supaya anda jangan pergi ke kedutaan Indonesia pada hari Isnin atau Jumaat. Pergi hari Rabu atau Khamis. kerana hari hari ini agak tenang sedikit dari hari-hari yang dinyatakan.
Maid anda akan bergerak beratur di sebelah kiri banggunan di mana beliau akan mengambil borang berwarna Pink sekeping dan 3 salinan perjanjian. Sebaik anda dibenarkan masuk...anda pun kene ke tempat perbarisan maid anda tadi untuk mendapatkan pink form tadi dari maid anda. Isi secepat mungkin maklumat di dalam pink form tadi kerana sebaik maid anda akan continue beratur untuk dapatkan no giliran pula di laluan yang mereka sediakan. Untuk dapatkan no. giliran ini dia kene menyerahkan pink form tadi. So jika maid anda orang pertama di barisan..so cepat2x lah isi supaya dia dapat serahkan pink form dan ambil no. giliran segera. jangan hiraukan 3 borang perjanjian itu dulu. dan sebaik anda dah serahkan pink form tadi kepada maid anda..so anda bolehlah mengisi surat penjanjian 3 salinan tadi. Ingat! gaji bulanan maid mestilah lebih atau RM600 supaya maid anda tak dikenakan soalan yang terlalu banyak oleh pegawai Imigresen Indonesia.
Sebaik maid anda mendapat no giliran, dia akan mengikut laluan ke sebuah bilik lain untuk sesi fotografi. Anda tak perlu ikut cuma tunggu untuk dibenarkan masuk ke bilik kaunter sebaik pegawai Kedutaan membuka pintu kaunter. Biarkan maid anda beratur untuk ambil gambar sementara itu jika anda dibenarkan masuk ke bilik penyerahan borang...duduklah dikerusi di kawasan sebelah kiri jika kaunter mengadap anda. Kebiasaannya kaunter dari kiri ke kanan 1 hingga 10 adalah kaunter untuk penyerahan salinan-salinan dan dokument termasuk 3 salinan perjanjian tadi. Di hadapan kaunter juga ada tersenarai dokument yang diperlukan untuk diserahkan antaranya ialah
1) salinan kad pengenalan majikan (2 salinan)
2) salinan stiker permit pembantu rumah di lekatkan di dalam pasport (2 salinan)
3) salinan passport maid yang hampir tamat tempoh (1 salinan)
4) Passport ori maid yang dah nak abis tempoh..
4) salinan insurance peribadi maid (1 salinan)
5) surat perjanjian 3 salinan yang lengkap (3 salinan tak perlu photostat)
6) RM18 untuk bayaran pasport 5 tahun...bawa duit mencukupi...
photostatlah banyak banyak 5 ke 6 keping semua salinan diatas untuk keselamatan. Mesin photostat pun ada dalam kedutaan itu tapi ..sure panjang beratur...nanti anda akan dapat susah..persediaan awal sangat penting...photostat lah dulu di office anda atau di kedai sebelum nya..
apabila maid dah siap diambil gambar ..suruh dia duduk berdekatan dengan anda. Apabila no dipanggil bergantung kepada bilangan staff yang ada..kekadang ambil masa selama 20 minit atau lebih..bila no dipanggil (digital) anda dan maid anda pergilah ke kaunter tadi hantar dokumen. anda perlu serahkan semua dokumen yang dikendaki dan buat bayaran RM18...no lain pula akan diberi pada anda nanti.
Sebaik dapat no...bergerak lah pulak ke sebelah kanan kaunter. Duduk disebelah kanan kerana no baru ini akan dipanggil oleh pegawai yang berada di kaunter-kaunter sebelah kanan pula. Di sini , maid anda perlu ke kaunter bila no dipanggil. Masa menunggu giliran antar 20-30 minit jika anada berjaya dapat no giliran antara 30 terawal semasa awal awal maid anda beratur bersama pink form tadi. anda juga boleh ikut berdiri dibelakang atau ditepi maid anda. Maid anda akan di soal selidik dalam bahasa Indonesia. Pegawai akan bertanya maid berkenaan gaji dan layanan majikan. Majikan jangan terlalu nyibuk depan kaunter..duduk tepi dan diam diam aje.Jangan buat kecoh. Selepas pegawai berpuas hati ...dia akan luluskan permohonan renew passport maid anda...pasport tak boleh siap lagi...
Anda dan maid anda kene tunggu pula no giliran di bilik luar pula yang tidak ada penyaman udara.. Ada kipas dan udara bilik sahaja. Di sini proses menunggu agak lama sangat antar sejam-2 jam atau 3 jam. Bergantung kepada kes-kes lain yang lebih diutamakan kepada pekerja kilang. So ada baiknya anda layanlah surat khabar ke ...makan roti ke..minum ke...sebab proses menunggu nya agak lama..Jangan bawa gajet yang canggih manggih..ipad ke tab ke...sebab sebelah anda semua adalah orang Indonesia yang tidak bergaji besar...nanti dieorang akan pandang2x anda ..dan anda akan rasa tidak selesa..so jangan le eksyen sangat...baca paper udah..utusan ke...metro ke..takpun majalah ke..tido pun takpe..sementara nak menunggu giliran tu..nanti anda akan lihat beberapa student dari sekolah mana tah akan buat temuramah pada pekerja-pekerja indonesia yang sedang menunggu giliran. pasang le telinga sikit suara-suara dari depan..belakang atau tepi..sebab meraka akan bercerita tentang sikat majikan masing-masing...hehehe jangan bagi maid anda berborak dengan mereka jugak..carik nahas namanya tue...mereka ini ada yang datang seorang diri atau berkawan tanpa majikan...ada yang mengadu pasal majikan mereka ada yang mengadu pasal agen mereka...dan sebagainya...
Sebaik 2-3 jam menunggu ..no akan dipanggil..maid anda kat ke kaunter dan ambil passport baru dan lama yang telah dikerat. Selesai lah sudah proses pembaharuan passport di keduataan Indonesia
Masa keseluruhan di ambil dari jam 5:30 pagi hingga 2 petang...
TQ for d info..
ReplyDeleteAmat berguna bg saya..
5) surat perjanjian 3 salinan yang lengkap (3 salinan tak perlu photostat)
ReplyDeleteSurat perjanjian tu contract kerja ke?
Saya baru pergi semlm 13 Feb 2013. Start 7am dari 12pm. Untuk menjawab soalan diatas. Surat Perjanjian tu contract kerja. Selain kontrak kerja maid akan diberikan borang biru. Main perlu isi borang tu secepat mungkin. Siapkan info seperti nama majikan, alamat rumah majikan, no pasport maid, tarikh pengeluaran pasport, tarikh mati pasport.
ReplyDeleteBerapa lama tempoh passport tamat baru blh renew
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteAkum En. Asri
DeletePasport lama tu boleh di renew jangan kurang 6 bulan. Problem kalau renew kurang dari 6 bulan. Susah untuk maid keluar dari Malaysia manalah tau nak ada emergency nak naik flight. Dalam online booking system airasia tak boleh terima passport kurang 6 bulan. so sebaik nya renewlah cepat cepat sebelum kurang 6 bulan sebelum tamat tempoh. tak de masalah untuk maid tinggal di Malaysia pasport mati kurang 6 bulan. Yang penting permit masih hidup. Permit aje yang terpenting sekali.
Saya tak sure tapi saya renew 6 bulan sebelum tamat tempoh lagipun working permit maid saya tamat pada May 2013 dan pasport lama pulak tamat pada Aug 2013. Kalau nak tau lebih lanjut pasal proses dan pengalaman renew passport sila ke mrsakosan.blogspot.com
ReplyDeleteTerima kasih my friend
ReplyDeleteItu untuk maid. Bagaimana pula dengan rakyat yg telah lama bermastautin di Malaysia dan memiliki status PR ingin renew passport mereka? Harap bantu.
ReplyDeletenak tanya, kontrak perjanjian tu mcm mana ya?
ReplyDeleteSalam, nak tanya mengenai prosedur kalau bibik nak balik bercuti ke Indonesia macam mana pula ye? Apa dokumen yang diperlukan? Tk
ReplyDeleteAskum Cik Rafiza. Saya pernak di beritahu orang lain siapkan satu surat dari majikan yang membenarkan maid balik. Tetapi pengalaman saya sendiri selepas itu, imigresen kita mahupun imigresan indonesia langsung tanak tgk surat itu. Yang saya pasti tiada apa apa document perlu untuk keluar melainkat tiket kapal terbang atau kapal laut bersama pasport dan permit yang masih sah. pasport mesti lebih dari 6 bulan. MASALAH akan timbul ketika maid hendak balik ke Malaysia. Dinasihatkan supaya jangan lah berlepas ke Malaysia dari Jakarta. Terlalu banyak procedure sehingga menyusahkan maid kita nanti untuk pulang ke sini. Antaranya..lapangan terbang di Jakarta ada 2 seperti Malaysia. Tambang murah dan biasa. Kekadang maid anda kene daftar buat kad di airport biasa dan kembalik ke airport tambang murah. perjalanan agak jauh jika berjalan kaki. kalau menaiki kereta insyallah selesa. Kalau naik kereta sewa atau bas dari satu airport ke airport lain pun kene makap. Anggota imigresen dan polis di sana agak tidak senang dengan sekembalinya rakyat mereka ke Malaysia. So pelbagai ringtangan perlu dia hadapi. Antaranya Maid anda di soal siasat oleh Kantur di sana. Di paksa daftar kad pekerja, pembelian insurance. dan sebagainya. Lain pula caranya melalui jalan laut. itu saya tak pasti.
DeleteTerima kasih. Maklumat yang diberikan sangat membantu. Saya nak bawa maid untuk renew passport Jumaat ni. Harap2 semuanya berjalan lancar. Saya ada terbaca mengenai KTKLN yang mana semua warga Indonesia perlu ada kalau nak bekerja di luar negara. Ada sesiapa yang boleh kongsi maklumat mengenai perkara ini? tk
DeleteRafiza, KTKLN perlu dibuat sekiranya maid yg pulang bercuti ke Indonesia dan akan pulang semua ke Malaysia. Kos dalam RM60 - RM90 ( 1 - 2 thn ) Kalau tak silap la. Cuma saya tak pasti samada kos tu untuk KTKLN atau insurance yg pasti KTKLN wajib dibuat kalau tak confirm tak boleh balik Malaysia. Sekiranya nak Contract of Employment sila download atau msg saya di mrsakosan.blogspot.com Isi siap2 so takde la panik bila sampai sana nanti. Moga selamat semuanya.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAskum.maklumat apa yg salah pada passport? Nama ? Umur? Alamat? Kalau nama salah dengan ic mereka..perkara ini hanya maid anda dan pegawai kedutaan sahaja yg boleh uruskan..di Indonesia ada byk ajen yg berurusan dgn rakyat mereka dgn menukar nama..umur dan sebagainya..so di kedutaan mereka insyallah sesama mereka sahaja boleh selesaikan..
DeleteAssalmuaimum. Minta bantuan nya, passport saya pelancong, tapi mati cop nya saja. Gimana mau perpanjang. Saya bingung mau minta bantuan sama siapa.. tolong yach..
ReplyDeleteIni sudah di kira kesalahan. Kerana menetap lebih tempoh.ternyata En Rachel perlu segera keluar dari Malaysia melalui pintu masuk Malaysia yg sah.Segera beli tiket kapal atau flight balik ke negara asal dan serender ke Imigresan Malaysia mana mana terdekat bersama tiket tadi.tempoh berlepas biarlah dlm seminggu .takut masalah tak selesai di imigresen nanti. Juga adalah lebih baik bawa seorang rakyat Malaysia sebagai penjamin..di imigresen Msia..minta surat kebenaran keluar dari pihak imigresen..anda akan disiasat dan anda akan dikenakan tindakan denda sebanyak rm100/ sehari rasanya..denda dari tarih tamat tempoh permit pelancong sehingga tarikh keluar iaitu tarikh tiket tadi.jika tak mampu bayar denda anda akan di tahan di pusat tahanan sementara.. melainkan anda ada penjamin bersama dan boleh buat bayaran denda itu.saya rasa begitulah prosedure nya
DeleteIni sudah di kira kesalahan. Kerana menetap lebih tempoh.ternyata En Rachel perlu segera keluar dari Malaysia melalui pintu masuk Malaysia yg sah.Segera beli tiket kapal atau flight balik ke negara asal dan serender ke Imigresan Malaysia mana mana terdekat bersama tiket tadi.tempoh berlepas biarlah dlm seminggu .takut masalah tak selesai di imigresen nanti. Juga adalah lebih baik bawa seorang rakyat Malaysia sebagai penjamin..di imigresen Msia..minta surat kebenaran keluar dari pihak imigresen..anda akan disiasat dan anda akan dikenakan tindakan denda sebanyak rm100/ sehari rasanya..denda dari tarih tamat tempoh permit pelancong sehingga tarikh keluar iaitu tarikh tiket tadi.jika tak mampu bayar denda anda akan di tahan di pusat tahanan sementara.. melainkan anda ada penjamin bersama dan boleh buat bayaran denda itu.saya rasa begitulah prosedure nya
DeleteJika majikan tidak dpt pergi utk renew permit amah bolehkah hantarkan wakil utk renew?? Siapa yg boleh jd wakil??
ReplyDeleteAkum.
DeleteWakil boleh bawa document. Cuma adabaiknya kalau buat satu surat bertulis (printed atau tangan)
kandungan surat kene wakilkan nama dan ic orang tu..dah ditandatangai owner dan no. ic owner. untuk pembantu rumah nama ape...passport no. ape....no pekerja apa dan tujuaan surat untuk apa. .lampirkan salinan kad pengenalan owner bersama...so biasanya di kaunter ambil no di imigresen, pegawai akan minta ic pembawa document. Selamat mencuba.
Rasanya sesiapa boleh pergi untuk renew permit kerja maid. Nak senang get MyEG to handle. Depa charge RM48 jer kalau tak silap
ReplyDeleteSalam. Saya nak tanya la,baru submit permohonan pembantu rumah ke imigresen, tapi statusnya untuk pasport maid :Rujuk Kedutaan Untuk Pengesahan. Saya call embassy tanya diaorang kata kena dtg sendiri check sama ada pasport itu palsu atau tidak then bar bg pengsahan. Soalannya klu la pasport itu pasport palsu, boleh kan di buat yg baru terus?? Thanks
ReplyDelete