Proses Permohonan Pembantu Rumah
Sediakan duit secukupnya (Kebiasaannya antara RM1500 ke 2000) untuk urusan agen indonesia yang akan menguruskan maid anda di indonesia...urusan yang maid anda perlu uruskan di sana ialah.memperbahurui passport....membuat pemeriksaan doktor...senarai klinik boleh didapati di website http://imi2.imi.gov.my/bm/perkhidmatan/im_Separa.asp
dan pembelian tiket ke Malaysia.
Pastikan maid anda tidak masuk ke Msia dengan menggunakan pas lawatan biasa atau pas jalan jalan...pas lawatan dengan "Rujukan" VDR sahaja di benarkan masuk untuk bekerja sebagai pembantu rumah
Ajen di indonesia yang dipercayai boleh dicari oleh maid anda sendiri di sana. Setelah duit di bayar..maid anda perlu memperbaharui passport dan buat medical checkup di tempat berdekatan dia...tetapi klinik dan hospital itu mesti diiktiraf oleh kerajaan malaysia dari senarai http://imi2.imi.gov.my/bm/perkhidmatan/im_Separa.asp
Maid anda boleh buat medical checkup terlebih dahulu.
Sekiranya passport dan pemeriksaan telah siap, minta maid atau agen di indonesia hantar salinan passport, laporan medical checkup yang asli dan 2 keping atau 3 gambar maid yang terkini dengan pos laju kepada anda,
1. Kemudian ..Sila ke imigresen dan dapatkan satu set salinan borang permohonan pembantu rumah PRA percuma di kaunter Nombor bahagian pengambilan pembantu rumah PRA( Bahagian Pekerja Asing)
2. Isikan semua borang PRA dengan pen hitam dan huruf besar.
3. Sebelum balik dari jabatan imigresen itu sila lihat contoh-contoh di papan kenyataan cara cara mengisi borang..Kekeliruan biasanya di borang PLKS Borang permohonan Pas lawatan dan borang VISA , Personal Bond, Perjanjian Pekerjaan Contract of Employment.
4. Pastikan semua di tulis pencil terlebih dahulu sebelum pulang ke rumah untuk mengisi maklumat dengan ball pen hitam.
5. Sebaik anda selesaikan bahagian yang anda tahu...pastikan borang perakuan pembantu rumah Asing Islam wargenegara Indonesia Lampiran B di hantar segera pada agen atau maid yang berada di indonesia. Borang ini tercatat saksi dari Indonesia. Pastikan agen itu mengisi bahagian ini dengan cop rasmi dan pulang segera kepada anda.
Sementara menunggu dokumen dari indonesia, pastikan anda sudah tahu nama penuh maid, no passport, tarik luput, tempat dikeluarkan
5. dapatkan saksi dari pegawai kerajaan atau guru besar sekolah di bahagian Personal Bond, Perjanjian pekerjaan dan perakuan pembantu rumah beragama islam.(borang perakuan pembantu rumah asing beragama islam Lampiran A) ini tidak sama dengan borang perakuan pembantu rumah asing islam wargenegara Indonesia Lampiran B)
6. Isikan juga borang perakuan majikan tidak menggunkaan ajen ...jika anda menggukan ajen di indonesia...sila dapatkan nama dan alamat ajen di indonesia itu.
7. Photostat 1 set borang permohonan...4 keping Perjanjian Perkerjaan aggrement of employment. Bawa borang yang telah siap termasuk borang perakuan pembantu rumah asing Lampiran B tadi ke LHDN.
8. Matikan 1 keping Personal Bond RM10, 4 keping agrement of employment RM40... jumpa RM 50...
9. Sebaik dokumen dari indonesia seperti salinan passport, laporan medical check up dan gambar sampai...tampal gambar maid di borang PRA, dan LPKS (VDR) permit pas lawatan....pastikan semua salinan yang diminta di bahagian checklist di sediakan...seperti
i. salinan kad pengenalan suami- isteri
ii. salinan gaji 3 bulan suami-isteri...sila layari syarat-syrat kelayakan memohon pembantu rumah di http://imi2.imi.gov.my/bm/perkhidmatan/im_Separa.asp
atau ada tercatat di borang yang anda ambil
iii. penyata AE cukai atau penyata kwsp
iv. sijil kelahiran anak anak...
v. bil utility bil elektrik atau air bukti alamat tempat maid bekerja..
vi. sijil kawen..
vii. salinan pasport maid
viii. laporan perubatan maid.
8. hantar dokumen ke imigresen tempat anda ambil borang awal awal dulu.
9. Tunggu sehingga 3 hari proses...dapatkan no. phone pegawai yang terlibat...memudahkan urusan ...
10. apabila siap ...dokumen yang dikenali sebagai VDR (visa permit lawatan sementara dengan rujukan pembantu rumah asing) akan diserahkan kepada anda.)
11. Buat bayaran pada hari yang sama RM 450 untuk pembantu rumah indonesia.. jumplah ini termasuk VISA, LEvi dan process untuk stiker permit pembantu rumah kelak.(tambahan RM50 levi baru dinaikkan bermula 12/2011 kot so dekat-dekat RM500)
12. 2 salinan VDR akan diberikan...satu salinan untuk anda...dan satu lagi untuk dihantar pada maid di indonesia.
13. Hantar kan guna pos laju dokumen VDR dan resit original RM500 tadi ke maid anda di indonesia. (pastikan resit tadi telah diphotostat untuk simpanan anda sendiri)
14. Apabila maid di indonesia terima surat VDR dan resit ori tadi...suruh maid beli tiket kapal terbang atau feri...
15 bawa pasport, VDR dan resit semasa perjalanan ke malaysia...
16. Anda wajib datang jemput maid di lapangan terbang atau jeti (laluan masuk Msia yang halal) pastikan salinan kad pengenalan telah di buat banyak keping) ini kerana anda seorang sahaja yang dibenarkan masuk sehingga ke pintu imigresen untuk mengambil maid anda. )
Sediakan juga duit RM 1 untuk airport tax atau permit masuk. RM 40 untuk bayaran escort oleh polis bantuan. Sekiranya laluan masuk tadi adalah airport, Polis akan membawa anda ke satu lokasi ketibaan di dalam laluan berasingan yang menempatkan beratus-ratus maid yang sedang menunggu agen/majikan mereka. Anda diminta untuk menyerahkan document VDR tadi kepada pegawai imigresen di kaunter dan anda juga diminta menjerit memanggil nama maid anda. Setelah jumpa bawa dia keluar dari kawasan itu dan terus melepasi kawasan ketibaan di airport yang lebih bebas.
17. Apabila maid dan anda selamat keluar dari airport....anda ada masa 30 hari untuk aturkan appointment dengan klinik-klinik di M'sia untuk pemeriksaan FOMEMA
18. Bawa passport ke pejabat FOMEMA berdekatan...
19. Bawa wang pos atau postal order RM 190. Tak boleh cash money..untuk bayaran maid perempuan.
20. Pilih senarai klinik dan doc yang berdekatan dengan tempat tinggal anda atau sebaik baiknyer klinik yang mempunyai x-ray sekali...tuliskan kod klinik dan kod doc. seperti di senarai di papan kenyataan di pejabat FOMEMA atau layari website FOMEMA...http://www.fomema.com.my/html/docavail.php
Borang juga boleh didapati di website fomema.com.my
anda perlu mengisi nama maid, kod kerja maid...nama anda...kot majikan anda...alamat rumah...no k/p dan tandatangan...juga masukkan kod klinik dan kod doc.Setalah pendaftran dan bayaran di buat...
21. Tunggu sehingga seminggu....then check online fomema.com.my samada status anda sudah ok atau tidak..jika ok..segera ke
22. jabatan imigresen bahagian PRA pebantu rumah Asing...bawa passport maid.. dan resit asal yang anda telah berikan pada maid ketika ke Msia...dan serahkan pada kaunter...tunggu dalam 2 ke 3 jam...kemudian nama anda dipanggil dan stiker pembantu rumah maid anda telah dilekatkan di passport dia. Di sini anda tidak perlu buat ape ape bayaran lagi kerana anda telah membuat bayaran RM 500 semasa mengambil VDR tempoh hari. Permit ini hanya untuk setahun . Pastikan anda memperbaharui 3 bulan sebelum tamat tempot kompaun overstay RM100 jika lewat kurang seminggu renew. ..FOMEMA hanya tidak diperlukan lagi setelah bekerja pada tahun ke 5. so jimat RM190.
Sekiranya anda ingin membuat kad permit pembantu rumah untuk disimpan oleh maid, bawa maid sekali ke imigresen di mana imigresen akan mengambil gamabr maid dan kad tadi akan diserahkan kepada maid anda.
Sekiranya apa apa terjadi...maid lari atau ingin pulag ke kampung...pergi ke imigresen untuk dapatkan permit periksa keluar..
macamana nak masuk msia as rujukan vdr tu?
ReplyDeleteboleh sy mintak contac no tak.??
ReplyDelete