Tuesday, April 17, 2012

Cukai taksiran - Diluluskan Oleh Menteri Sebagai Pekerja Berpengetahuan

Di dalam E-filling 2011, tercatat ruangan baru "Diluluskan Oleh Menteri Sebagai Pekerja Berpengetahuan".
Apakah semua pekerja berpengetahuan yang berkelulusan Sarjana Muda, Sarjana dan Kedoktoran boleh mendapat 15% potongan cukai ini? 


Terdapat kenyataan akhbar dari LHDN mengatakan kelulusan ini dari Kementeria Kewangan jika....

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) menasihatkan pembayar cukai yang berhasrat membuat tuntutan di dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan masing-masing sebagai Pekerja Berpengetahuan bagi menikmati kadar rata cukai 15 peratus harus terlebih dahulu mendapatkan kelulusan daripada Menteri Kewangan. Bajet 2010 yang lalu telah mencadangkan insentif kadar rata cukai 15 peratus atas pendapatan bercukai daripada penggajian dikenakan kepada Pekerja Berpengetahuan Diluluskan yang bekerja dengan syarikat yang ditetapkan di Iskandar Malaysia. LHDNM juga menjelaskan bahawa seseorang Pekerja Berpengetahuan akan mendapat manfaat daripada kadar rata cukai 15 peratus apabila pendapatan bercukai tahunan beliau adalah melebihi 106,200 ringgit Malaysia. Pendapatan bercukai di bawah 106,200 ringgit lebih sesuai menggunakan kadar cukai berjadual biasa untuk individu kerana kadarnya rendah. Seseorang Pekerja Berpengetahuan yang ingin mendapatkan kelayakan bagi menikmati insentif tersebut haruslah:
1. Memohon pekerjaan dan bekerja dengan syarikat yang ditetapkan di Iskandar Malaysia di antara 24 Oktober 2009 dan 31 Disember 2015;
2. Menetap di Iskandar Malaysia dalam tahun taksiran berkenaan;
3. Membuat permohonan kepada Menteri Kewangan melalui Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) bagi mendapatkan kelulusan sebagai Pekerja Berpengetahuan di Iskandar Malaysia;
4. Mendapat kelulusan daripada Menteri Kewangan; dan
Page 2 of 2
5. Memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam Kaedah-kaedah Cukai Pendapatan 2010 (Penentuan Pekerja Berpengetahuan, Aktiviti Yang Layak dan Wilayah Yang Ditentukan) atau dikenali sebagai P.U. (A) 344/2010.
Penjelasan lanjut tentang permohonan Pekerja Berpengetahuan boleh didapati daripada laman web rasmi Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar di http://iskandarmalaysia.com.my.

1 comment:

  1. Dlm ruangan tu diminta kita isi tarikh kelulusan oleh Menteri sebagai pekerja berpengetahuan.
    Bila tarikh tu?

    ReplyDelete